Saturday, 20 January 2018

Bali 4D3N (2adult + Infant) dgn bajet bawah 3K (All in)

Assalamualaikum,

Disebabkan ramai yang tanya sal tentang budget n itinerary to Bali, here I make a short sharing about budget, experience, activities, schedule etc to Bali selama 4 hari 3 malam from 13-16 April, 2017. 
Sal travel sendiri with family takde pakai travel agent.

Budget:

1- Flight : JB-KUL , KUL-DPS (pergi-balik) RM 1191.20 by MAS (economy seats). Sal beli on January 17 masa promosi.

2- Hotel : Mega Boutique, Room type: Executive Suite with separate bath tub (hotel ada rooftop pool, buffet breakfast halal dan sedap, 15 min to airport, 10 min walk to Bali galleria) www.agoda.com.
RM 449.01 (no cancellation). Beli awal juga since januari baru dapat harga terlajak murah mcm ni.

3- Taxi : Transfer hotel-airport (2 ways) + tour 2D (12 hour) + include parking ticket + petrol

4- Entrance fee to Tanah Lot: 60K, Uluwatu: 30K, Kintamani: 30K, Tirta Empul: 15K, Tegenungan Waterfall: 15K (all in IDR and per head, infant free). Harga ni per head ya kalau 2 orang kena darab 2 okies.

5- Buffet Lunch at Kintamani: 100K IDR/head, Dinner seafood at jimbaran beach (sunset view/candle light) total include tax 1,096,000 IDR. Dinner kat sini agak overcharged kalau booked by travel agent rasanya dapat murah sikit, Lunch Ayam betutu: 88K IDR. Ada lagi lunch nasi padang dan dinner dekat MM juice di mall tapi tak ingat harga (resit hilang). So far harga makanan standard except di Jimbaran. Tax saja dah 21%. Siap la duit ratus2. Time sal makan dekat RM 400 mcm nak nangis ja rasa

6- Shopping souvenior di Agung Bali: 809,000IDR (dapatla tshirt putih 10 helai, baju baby 1 set, baju papa baby 3 helai, keychain 10, magnet peti ais 1)

7- Hard rock kuta, bali: 790,000 IDR (tshirt & hat)

8- Groceries : mineral water, vape one push, chewinggum (70,925IDR)

9- Tipping driver 100,000 (Housekeeping tak ingat yang ni saja bagi sebab ada duit lebih)

10- Simkad internet

Total: RM 3500 tapi masih ada baki dalam IDR 400,000++ so sebenarnya tak sampai RM 3400 pun termasuk semua.
Sebenarnya boleh save duit lagi banyak kalau tak dinner seafood yg mahal di Jimbaran dan tak terover beli souvenior. Boleh dapat below RM 3000 (kena rancang bajet betul2 dan hadkan perbelanjaan)

Bali Itinerary : Trip Schedule

Day 1

- Flight JB-Kul (55mnt), Kul-DPS (3 hour) tapi nak tunggu transfer tu yg lama. Departed from JB awal pagi sampai Bali petang
- Check in hotel. Rest kejap and mandi pool. Malam kuar dinner di mall Bali galleria

Day 2

- Melawat tanah Lot
- Ke pantai kuta
- Shopping di Hard rock Bali
- Shopping ole2
- Lunch Nasi Ayam Bertutu
- Melawat Uluwatu
- Sunset view and dinner di jimbaran beach
(view superb cantik + romantik, laut di bali cantik sangat ombak tinggi mmg sesuai utk surfing)

Day 3

- Melawat Tegalalang rice terrace
- Lunch sambil melihat view Gunung Kintamani (cuaca sangat best sejuk mcm di genting highland)
- Singgah melihat upacara Kuningan (Tahunbaru Hindhu Bali) di Tirta Empul. Kebetulan time sal pergi diorang holiday long weekend so dapatla lihat culture diorang dgn lebih dekat
- Melawat air terjun Tegenungan (nak mandi pun boleh tapi sal bawa baby susah sikit)
- Dinner nasi padang (sal bungkus balik makan kat hotel ja sebab dah terlalu penat, baby pun dah mula meragam)

Day 4

- Check out awal 10:30am
- Bali international airport (fly jam 12:55pm)

So far experience kat Bali mmg best.
I love Bali beach and Bali people.
Respect dgn cara diorang yg masih pegang kuat pada culture dan religion diorang.
Even majoriti hindhu tapi hindhu di sana dan Islam mereka sama2 tolong menolong.
Makanan halal juga mudah dicari jika anda tau lokasinya cuma tak sesedap di negara kita juga hehe.

Insyaallah, ada jodoh jumpa lagi.
My post can be your references, share or tag any friend as u want.
Sal halalkan.
Make sure rancang sebaik mungkin perjalanan anda.
Sal prefer travel sendiri berbanding pakai agent sebab kita tak terikat dengan masa, kita bebas untuk pilih hotel mana yg kita nak, makanan apa yg kita nk makan dan banyak lagi.
Its depend on your choice.

So with this budget, everyone can travel.
Happy travel guys!



 Hard Rock Cafe Kuta Bali
 Pantai Kuta
 Menikmati Buffet Lunch sambil melihat keindahan Gunung Kintamani

 Singgah bergambar di Tegenungan Waterfall (nak mandi tak boleh sbb ada baby)
 Bilik mandi kat hotel (ada shower, separate bathtub, Tv pun ada okeh)

 Bilik dekat hotel
 Tanah Lot Bali



 Sunset at Jimbaran

 Dinner Seafood kat Jimbaran (Harga mahal yakmat. juta2 okeh. rasa xsedap langsung. 1st and last time la makan kat sini)
 Tegalalang Rice Terrace. Cantik view kat sini tapi time dtg tu tengahari so agak panas.


 Kuil Tirta Empul
 Masa ni tengah ada upacara Kuningan agama Hindhu


 Kat Bali Airport ada tempat utk abam main sementara tgh tunggu flight

 Mall Bali Galleria
 Pemandangan sekitar (masa ni kat Roundabout)
 Driver sediakan baby carseat utk abam. Bagus driver kami ni.
 Dekat hotel ada Rooftop Pool, so sempat bawa abam berenang masa 1 st day tu. Hari lain tak sempat tour seharian balik dah penat yakmat.

 Ni dekat Uluwatu, view dia Subhanallah cantik yakmat (cuaca pun panas yakmat juga huhu)



Bagi yg nak travel dan perlukan bantuan Sal untuk booking or arrange your trip (minimum 2-4 person) boleh whatsapp sal 017-5508773
#balitrip #helloindonesia #familytrip2017



No comments:

Post a Comment